Kanser ovari merupakan kanser di ovari, iaitu sepasang organ yang menghasilkan ovum dan hormon wanita.
Faktor risiko bagi kanser ovari adalah:
Umur lanjut
Sejarah keluarga
Penggunaan ubat hormon selepas menopaus
Individu yang lewat mendapat anak atau tidak pernah hamil
Dikongsikan gejala dan simptom kanser ovari untuk panduan. Kebanyakan wanita cenderung untuk melewatkan pemeriksaan doktor apabila berlaku perubahan pada diri mereka.
Anda adalah digesa dan tidak bertangguh untuk segera mendapatkan pemeriksaan dan konsultasi lanjut bersama doktor pakar bertauliah sekiranya mempunyai gejala seperti yang dinyatakan.
