Pelbagai jenis bekas yang terdiri daripada bahan buangan, sampah bekas makanan atau minuman dan barang lusuh berpotensi menakung air. Selain itu, takungan air di kolah mandi dan akuarium tanpa ikan di kediaman juga dapat menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Nyamuk Aedes boleh bertelur dalam bekas sebesar syiling 20 sen yang mengandungi air bersih dan mengambil masa 7 hari untuk bertukar kepada nyamuk dewasa.