mcmc
Kesihatan

PENYAKIT TIBI

Penyakit Tibi (Tuberkulosis) ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis dan merebak melalui udara, terutamanya melalui batuk, bersin atau percakapan rapat dengan individu dijangkiti.

Kluster Tibi merujuk kepada kejadian 2 kes atau lebih yang mempunyai kaitan epidemiologi dari segi masa, tempat atau hubungan kontak, menunjukkan kemungkinan wujudnya rantaian transmisi yang sama. Kes indeks merupakan kes Tibi yang dikenal pasti terlebih dahulu dan menjadi fokus dalam siasatan dan kawalan wabak.

Di Malaysia, sebanyak 88 kluster dilaporkan pada tahun 2025 dengan 254 kes Tibi, manakala 35 kluster masih aktif. Sehingga 7 Februari 2026, sebanyak 10 kluster Tibi telah dilaporkan dan kesemuanya masih berstatus aktif, melibatkan beberapa negeri termasuk Selangor, Johor, Sabah, Kedah, Kelantan, Pahang dan Perlis.

Langkah Kawalan dan Pencegahan:

1️⃣ Rawatan awal anti-TB untuk pesakit yang disahkan

2️⃣ Saringan dan rawatan pencegahan untuk kontak rapat

3️⃣ Pemantauan rawatan melalui Directly Observed Therapy (DOT)

4️⃣ Etika batuk oleh individu bergejala

KKM sentiasa komited untuk memantau, mencegah dan mengawal penyakit Tibi bagi memastikan kesihatan rakyat terpelihara

#KKMPrihatin#SihatBersama#MalaysiaSihat#MADANIBekerja#RancakkanMADANI