mcmc
Kesihatan

MEASLES (DEMAM CAMPAK): BAGAIMANA IA MEREBAK?

Tahukah Anda Bagaimana Measles (Demam Campak) Merebak?

Gejala campak biasanya muncul 7 hingga 14 hari selepas dijangkiti (tempoh inkubasi). Pada hari 7-10, gejala awal seperti demam, batuk, dan hidung berair akan muncul. Pada hari 10-12, muncul tompok putih dengan latar merah di bahagian dalam pipi. Kemudian pada hari 12-14, ruam campak yang khas akan muncul bermula dari muka hingga seluruh badan. Jangan tunggu sehingga dijangkiti. Bertindak segera dengan menempah slot bagi imunisasi Measles Rubella (MR) untuk perlindungan tambahan kepada anak-anak anda (umur 6 bulan hingga 59 bulan) secara PERCUMA, hanya di aplikasi MySejahtera!

#KKMPrihatin#MySejahtera