Sudah lama stigma ‘Kaum Wanita Hanya Berkuasa Di Dapur dan DiTali Buaian’ tidak diguna pakai . Selari dengan dasar pembangunan negara, golongan wanita di RTP Sg Ular turut berperanan dalam memajukan ekonomi keluarga, malah suara mereka turut sama penting dalam urusan pentadbiran setempat . Bukan sekadar mengisi ruang lompong , malahan ada antara mereka berperanan menjadi tunjang utama keluarga bagi mendapat tempat dalam merasa kemakmuran negara. Antara aktiviti berpersatuan yang aktif di RTP Sg Ular ialah Pertubuhan Wanita (WI) dan Pertubuhan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
Penubuhan Bengkel Pemprosesan Makanan Ringan (KPW) telah menaikkan taraf ekonomi segelintir wanita yang menyertai bengkel perusahaan tersebut. Antara aktiviti utama KPW ialah menghasilkan produk makanan ringan seperti rempeyek, karipap kecil dan kerepek pisang yang dihasilkan di sebuah bengkel pemprosesan makanan yang disediakan oleh Jabatan Pertanian. Produk-produk yang dihasilkan tersebut diletakkan di kedai-kedai berhampiran dan pasaran terbuka sekitar bandar Kuala Lipis. Pada musim perayaan pula, permintaan terhadap produk-produk yang dihasilkan semakin tinggi. Keadaan ini sedikit sebanyak telah memberi pendapatan yang lebih kepada pengusaha makanan ringan tersebut. Malahan, tempahan daripada Pengerusi WI Lipis untuk dihantar ke Koperasi Jerantut juga sangat memberangsangkan.
WANITA SEBAGAI TENAGA PENGAJAR
Salah seorang anak peneroka di sini merupakan tenaga pengajar Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) untuk anak-anak komuniti setempat dan sekitarnya. Inisiatif ini dilakukan kerana anak-anak perlukan didikan agama yang lebih mendalam pada masa sekarang kerana masalah sosial yang semakin meruncing sejak kebelakangan ini. Kelas ini diadakan pada ketetapan berikut :-
AKTIVITI WANITA
Puan Nor Faridah Hana Binti Abdul Malek merupakan salah seorang penduduk di RTP Sungai Ular sedang membuat demonstrasi menghasilkan MEE KUNING hasil air tangan beliau sendiri selepas mengikuti bengkel yang dianjurkan oleh Persatuan Wanita Lipis.
KELAS SOLAT WANITA
PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH WI RTP SG ULAR