mcmc
Rekreasi & Pelancongan

TAMAN REKREASI SUNGAI YU

Sungai Yu dan Eco Viaduct merupakan salah satu kawasan menarik yang terdapat berhampiran dengan Kampung Merapoh. Kedua-duanya terletak di tengah-tengah Lebuh Raya Spine Road. Sungai Yu merupakan kawasan yang menarik kerana mempunyai kawasan rekreasi dan sungai yang airnya sejuk dan jernih. Hal ini telah menarik minat pengunjung untuk berkunjung ke Sungai Yu. Selepas Lebuhraya Central Spine Road yang menghubungkan negeri Pahang dengan negeri Kelantan dibina, wujud pula Eco Viaduct di kawasan Sungai Yu tersebut.