mcmc
Kisah Kejayaan

SUCCESS STORY KEUSAHAWANAN DIGITAL Q2 2024

Nama: NURUL SHAZWANI BINTI MOHD
Umur: 35 TAHUN
Ahli: 2015

Latar belakang
Puan Wani merupakan ibu kepada 1 orang cahaya mata dan seorang suri rumah sepenuh masa yang mengusahakan kek, roti, dan pizza secara homemade di rumah. Beliau mula berjinak dengan pembuatan produk tersebut setelah habis belajar dan mengikuti kelas secara PJJ untuk menghasilkan produk yang berkualiti.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan NADI
Pada permulaan jualan, Puan Wani hanya menjual di sekitar kampung RTP Sg. Ular dan secara mulut ke mulut. Semasa PKP, beliau meluaskan pasaran secara WhatsApp Web dan promosi di media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan NADI
Setelah mengikuti beberapa kelas asas keusahawanan Digital disediakan di NADI RTP Sunga Ular, kemahiran berniaga semakin bertambah. Beliau mula melebarkan sayap jualannya dengan memasarkan di sekitar kawasan sehingga bandar lipis menggunakan media sosial, dan menghasilkan pelbagai jenis pizza, roti, dan kek marble pelbagai perisa mengikut permintaan dan peredaran ketika ini. Beliau semakin bersemangat dan mula belajar ICT dan pemasaran Digital di NADI.

Apa yang dipelajari melalui NADI

  • Latihan Keusahawanan (Microsoft Office 2010, Internet)
  • Kursus keusahawanan Shopee
  • Asas ICT-Microsoft Office-surat rasmi

Bagaimana NADI membantu perkembangan perniagaan/peningkatan tahap kemahiran ICT

  • Petugas NADI memberi tunjuk ajar mengenai perniagaan melalui kelas usahawan yang diadakan.
  • Memberi penerangan tentang penggunaan internet dengan bijak.
  • NADI juga menyediakan kelas ICT untuk membantu usahawan dalam meningkatkan kemahiran menggunakan komputer.