Nama |
: Noor Aisah Binti Banilah @ Udin |
Umur |
: 28 tahun |
Ahli |
: 2009 |
Latar belakang
Cik Noor Aisah merupakan salah seorang penduduk Kampung RTP Sungai Ular. Beliau merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik. Beliau pernah mengikuti Kursus Masakan di Kolej Komuniti Raub.Namun begitu, beliau sedang berjinak-jinak dalam perniagaan produk kecantikan setelah berpuas hati dengan hasil pemakaian pada diri sendiri.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada asalnya beliau kurang mahir menggunakan computer. Namun begitu, setiap kali beliau sentiasa datang ke Pusat Internet untuk menimba pelbagai ilmu keusahawanan secara percuma, tidak kiralah melalui petugas atau secara dalam talian.Hal ini kerana beliau terlibat dalam perniagaan secara dropship.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas usahawan dan juga kelas ICT yang disediakan di Pi, kemahiran menggunakan komputer dan kemahiran berniaga semakin bertambah. Beliau juga semakin yakin untuk memgembangkan perniagaan secara online.