mcmc
Kisah Kejayaan

SUCCESS STORY KEUSAHAWANAN 2 Q1

Nama

: Nurul Hafizatul Asma

Umur

: 20 tahun

Ahli

: 2009

 

Latar belakang

Puan Hafizatul Asma merupakan salah seorang penduduk Kampung RTP Sungai Ular. Beliau telah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. Pada asalnya beliau adalah suri rumah sepenuh masa. Beliau hanya memenuhi masa terluang di rumah sahaja. Namun begitu selepas suaminya terlibat dengan kemalangan, beliau mengambil keputusan untuk menggantikan tempat suami beliau yang sebelum ini menjadi pengawal keselamatan di salah sebuah sekolah di sini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menerusi pendapatan yang diperolehi sebagai pengawal keselamatan itu, beliau telah mengumpul sedikit demi sedikit modal untuk memulakan perniagaan sebagai punca pendapatan sampingan. Selain itu, beliau juga telah membuat pinjaman modal dengan Amanah Ikhtiar Malaysia untuk perusahaan menanam Cendawan sebagai produk utama beliau. Manakala produk Pekasam Medina dan Coklat Viral pula merupakan produk perniagaan sampingan.Beliau juga mempromosikan produk perniagaan hanya dalam kalangan saudara mara di kampong sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Baru-baru ini beliau telah mengikuti Kelas Keusahawanan yang dianjurkan oleh PI RTP Sungai Ular untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam memasarkan produk perniagaan yang diceburinya. Beliau telah diajar untuk memasarkan produk melalui media social seperti Facebook, Whatsapp dan Dashboard Komuniti.