Nama |
: Zainuddar Binti Mohd Yusof |
Umur |
: 36 tahun |
Ahli |
: 2016 |
Latar belakang
Puan Zainuddar merupakan salah seorang penduduk di RTP Sungai Ular. Beliau merupakan seorang suri rumah. Kehidupan beliau sebelum ini adalah hanya di rumah sahaja. Namun begitu, beliau telah mengambil inisiatif dengan menceburi bidang keusahawanan dengan mencuba menjual produk barangan Tupperware.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada mulanya beliau hanya dating ke Pusat Internet untuk menemani anak-anak beliau belajar sahaja dan tidak berminat untuk menceburi mana-mana bidang perniagaan langsung atau secara dalam talian.Malahan pula, beliau kurang pengetahuan dalam bidang teknologi untuk mempromosikan produk yang dijual.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti Kelas Keusahawana baru-baru ini, beliau semakin yakin dan berani untuk mempromosikan produk yang dijual. Malahan beliau juga sudah mampu membuat ayat iklan yang menarik. Selain itu juga, beliau telah membuat promosi dengan membuka Whatsapp Group Barangan Tupperware.