mcmc
Kisah Kejayaan

SUCCESS STORY KEUSAHAWANAN 1 – PUAN NORFAUZIMAH MAHMUD

Nama

: Nor Fauzimah Binti Mahmud

Umur

: 44 tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Beliau merupakan bekas Penyelia Kemas Kawasan Cameron Highlands yang mana telah berjinak-jinak dalam bidang kecantikan. Beliau juga merupakan ibu kepada dua orang cahaya mata yang masing-masing masih lagi di alam persekolahan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang menitikberatkan penggunaan internet dalam kehidupan sehariannya akibat kekangan kerja seharian sebelum ini sebagai Penyelia KEMAS Cameron Highlands

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sempena cuti sekolah baru-baru ini beliau dijemput untuk menghadiri Kursus Asas ICT  yang dikendalikan oleh Petugas PI RTP Sungai Ular. Setelah dilatih dan diberi tunjuk ajar dan latihan intensif berkaitan dengan Microsoft Office beliau boleh menggunakan perisian tersebut dengan lebih baik. Selain itu juga, kemahiran menggunakan komputer dan kemahiran berniaga semakin bertambah. Beliau juga semakin yakin untuk mempromosikan perniagaan gerai masakan panas tersebut melalui media social, antaranya Facebook dan Whatsapp.