mcmc
Kisah Kejayaan

SUCCESS STORY KEUSAHAWANAN 1 – CIK FATIN FARHANAH

Nama

: Fatin Farhanah

Umur

: 19 tahun

Ahli

: 2018

Latar belakang

Fatin Farhanah merupakan salah seorang pelatih di Giatmara Cawangan Sungai Koyan. Beliau mengambil Kursus Rekaan Jahitan dan Fesyen sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia. Namun dalam masa yang sama beliau menolong bapanya menjual aiskrim yang dihasilkan sendiri oleh bapa beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya menolong bapanya membuat jualan aiskrim secara langsung di tapak pasar malam atau pasar pagi sahaja.Ini bermakna pemasaran produk tersebut hanyalah melalui jualan langsung sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai Kursus di Giatmara, modul keusahawanan perlu dipelajari oleh beliau. Oleh sebab itu, Bengkel Keusahawanan telah dianjurkan oleh Pusat Internet RTP Sungai Ular dengan kerjasama Giatmara Cawangan Sungai Koyan. Pelbagai ilmu keusahawanan dan pemasaran yang telah beliau dapat hasil menghadiri kursus tersebut. Antaranya, beliau turut mempelajari teknik mengambil gambar produk dan juga teknik mengedit gambar produk.