mcmc
Kisah Kejayaan

SUCCESS STORY CELIK IT Q4 2024

NamaMOHAMAD ADIB IQBAL BIN ABDULLAH
Umur12 TAHUN
Ahli 2019

Latar belakang

Kisah Kejayaan Celik IT bagi bulan Q2 2024  adalah adik Muhamad Adib Iqbal Bin Abdullah,berumur 12 tahun ,Tahun 6 bagi tahun 2024 dan kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kg.Keledek. Adik Iqbal merupakan anak tunggal . Beliau terpilih bagi bulan ini atas kerajinan hadir ke kelas pada hari minggu dan cuti sekolah.Minat beliau yang tinggi dalam setiap pembelajaran ICT yang di ajar di NADI setiap kali petugas mengadakan kelas pada musim cuti sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Bermula dari umur 6 tahun lagi setelah menjadi ahli NADI RTP Sg.Ular, Adik Iqbal mula pergi ke NADI mengikut ibu pada mulanya,kemudian setelah pandai mengendalikan keyboard pada usia 10 tahun beliau akan sentiasa mengikuti kelas anjuran NADI setiap kali cuti sekolah sabtu dan ahad. Adik Iqbal sangat teruja untuk meneroka penggunaan alatan seperti PC dan peranti tablet apabila beliau menaip dan membaca menggunakan PC.  Banyak perkara asas mengenai komputer telah dipelajari, terutamanya apabila dipraktikkan kaedah pembelajaran setiap subjek di sekolah dengan menggunakan computer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Hasilnya selepas beberapa kali mengikuti kelas, adik Iqbal boleh mengendalikan komputer dengan baik. Selain itu, adik Iqbal juga turut memahami bagaimana menggunakan Microsoft Office untuk menaip, membuat persembahan dan excel,selain Microsoft Edge untuk membuat carian bahan yang diperlukan dalam pembelajaran serta dapat menggunakan aplikasi canva untuk merekabentuk poster menggunakan canva dan lain-lain. Terkini adik Iqbal mengikuti kelas microbit dan mewakili NADI untuk program FS4U . Semoga Adik Iqbal dan kawan-kawannya terus sukses dalam pembelajaran pada masa akan datang.