Nama | : NURUL SAFIKAH BINTI ABDULLAH |
Umur | : 11 TAHUN |
Ahli | : 2020 |
Latar Belakang
Kisah Kejayaan Celik IT bagi bulan Q2 2024 adalah adik Nurul Safikah bt Abdullah, berumur 11 tahun, Tahun 6 bagi tahun 2024 dan kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kg. Keledek. Adik Safikah merupakan anak kedua daripada 3 orang adik beradik. Beliau terpilih bagi bulan ini atas kerajinan hadir ke kelas pada hari minggu dan cuti sekolah. Minat beliau yang tinggi dalam setiap pembelajaran ICT yang diajar di NADI setiap kali petugas mengadakan kelas pada musim cuti sekolah.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PEDi
Bermula dari umur 7 tahun, setelah menjadi ahli NADI RTP Sungai Ular, adik Safikah sentiasa mengikuti kelas anjuran NADI setiap kali cuti sekolah, sabtu, dan ahad sahaja. Pada masa itu, beliau hanya dapat pergi ke NADI apabila dihantar oleh ibunya. Namun, setelah berumur 10 tahun, ibunya memberi kebenaran beliau berjalan kaki ke NADI bersama rakan-rakan, dengan jarak hanya lebih kurang 300 meter sahaja. Adik Safikah sangat teruja untuk meneroka penggunaan alatan seperti PC dan peranti tablet, terutama ketika menaip dan membaca menggunakan PC. Banyak perkara asas mengenai komputer telah dipelajari, terutamanya apabila kaedah pembelajaran setiap subjek di sekolah dipraktikkan dengan menggunakan komputer.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PEDi
Hasilnya, selepas beberapa kali mengikuti kelas, adik Safikah kini mampu mengendalikan komputer dengan baik. Selain itu, beliau turut memahami bagaimana menggunakan Microsoft Office untuk menaip, membuat persembahan, dan menggunakan Excel. Selain itu, beliau juga menggunakan Microsoft Edge untuk membuat carian bahan yang diperlukan dalam pembelajaran serta dapat menggunakan aplikasi Canva untuk merekabentuk poster. Semoga adik Safikah dan rakan-rakannya terus sukses dalam pembelajaran pada masa akan datang.

