mcmc
Kisah Kejayaan

SUCCESS STORY CELIK IT Q3 2019

Nama

:Muhammad Farish Hakimi Bin Mohd Rizal

Umur

: 10 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Adik Muhamad Farish Hakimi merupakan salah seorang penduduk di Kampung RTP Sungai Ular. Beliau merupakan anak sulung di dalam keluarganya. Beliau berumur 10 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Clifford.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang mahir dalam penggunaan komputer dan ICT. Namun begitu, beliau sering mengunjungi Pusat Internet RTP Sungai Ular apabila tiba musim cuti sekolah dan mengikuti setiap kali Program Kem Cuti Sekolah diadakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sifat suka bertanya apa-apa yang tidak difahami menyebabkan adik Farish semakin mahir menggunakan komputer dan ICT. Beliau semakin mahir dalam menggunakan Microsoft Office, membuat emel, dan mencuba membuat video kreatif menggunakan aplikasi Powtoon yang telah diajar oleh petugas.