mcmc
Kisah Kejayaan

SUCCESS STORY CELIK IT Q1 2025

NamaMOHD FAIZUL BIN ABDUL MUTALIB 
Umur38 Tahun
Ahli2009

Latar belakang

Kisah Kejayaan Celik IT bagi bulan Q1 2025  adalah Mohd Faizul bin Abdul Mutalib, belia berumur 38 tahun merupakan anak jati RTP Sungai Ular yang mengusahakan sektor pertanian di kampung bersama belia-belia yang berada di kampung. Beliau belajar tanaman fertigasi dan kebun dengan mengikuti kursus dan latihan daripada Pejabat Pertanian seperti tanaman Lada,Timun ,Cili dan tanaman fertigasi lain . Beliau terpilih bagi bulan ini atas kerajinan dan usaha beliau untuk belajar di NADI berkaitan asas ICT  seperti Microsoft Office,Internet dan komputer dengan petugas secara persendirian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Bermula dari tahun 2009 lagi,encik Faizul  telah menjadi ahli NADI RTP Sg.Ular, semasa itu beliau baru kembali ke kampung setelah bekerja di kota untuk mencuba nasib bekerja di kampung. Beliau mula berjinak dengan bidang pertanian fertigasi dan mengikuti kursus secara online mengikut peredaran zaman. Seiring perkembangan teknologi beliau mula hadir ke NADI untuk belajar asas ICT seperti Microsoft Word  dan asas Internet.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Hasilnya selepas beberapa kali mengikuti kelas, Encik Faizul sudah boleh mengendalikan komputer dengan baik . Selain itu, beliau juga turut memahami bagaimana menggunakan Microsoft Office untuk menaip, membuat persembahan dan excel,selain Microsoft Edge untuk membuat carian bahan dan permohonan secara atas talian apa jua peluang-peluang yang ditawarkan oleh kerajaan seperti geran agropreneur dan sejati madani. Beliau juga mula belajar aplikasi canva untuk merekabentuk poster dan video menggunakan canva dan lain-lain . Semoga En.Faizul  terus sukses dalam bidang yang diceburi dan lebih banyak peluang berkaitan pertanian IOT bagi pembelajaran pada masa akan datang.