mcmc
Galeri

SEJARAH PENUBUHAN PEDi RTP SG ULAR

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RTP Sungai Ular telah dibuka pada Februari 2009 dan pada tahun ini ia telah mencecah 14 tahun lebih ia beroperasi. PEDi RTP Sungai Ular  diletakkan di bawah Fasa 1 Extension selepas Fasa Perintis. Sebelum ini ia PEDi dikenali sebagai Pusat Jalurlebar Komuniti (PJK), namun pada tahun 2012 ia telah diubah kepada Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) dan dijenamakan semula kepada Pusat Internet (PI) 2017,kemudian Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) 2019 dan pada 2022 sehingga kini di kekalkan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) . Perubahan ini seiring dengan perubahan keperluan ekonomi dan teknologi semasa.

Pada 25 Julai 2014, PEDi  RTP Sungai Ular telah ditutup untuk proses pengubahsuaian bangunan bertujuan memberi wajah baru. Di samping itu juga, fasiliti-fasiliti lama telah ditukar baru dan beberapa penambahan dilakukan. Pada bulan Ogos 2015, PEDi  RTP Sungai Ular telah kembali beroperasi sepenuhnya. Pada asalnya PEDi RTP Sungai Ular hanya mempunyai  12 buah komputer sahaja, namun setelah berlakunya pengubahsuaian bangunan, beberapa buah komputer telah ditambah menjadikan keseluruhan komputer semuanya adalah sebanyak 20 buah komputer. Hal ini bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada para pengunjung yang mana 10 buah komputer diletakkan di dalam bilik latihan untuk tujuan pembelajaran ICT, manakala 10 buah komputer lagi ditempatkan di luar kelas. Selain itu, PEDi RTP Sungai Ular sekarang juga mempunyai ruang yang lebih luas dan lebih selesa kepada pengunjung. 

Pihak petugas PEDi menjalankan pelbagai program dan kelas-kelas ICT untuk membantu komuniti setempat supaya lebih mahir menggunakan setiap perisian yang disediakan. Selain itu, para pelajar juga telah didedahkan dengan Program Klik Dengan Bijak semasa melayari internet.