PROGRAM SARINGAN KESIHATAN WANITA

Persatuan Wanita | 8 January 2020

Program yang bertemakan “Sihat Tanpa Kanser Pangkal Rahim”. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para wanita terutamanya tentang kepentingan menjaga kesihatan rahim untuk mengelakkan Kanser Pangkal Rahim. Program ini telah berlangsung pada 6 Januari 2020 bertempat di Balai Raya Kampung Keledek. Program ini adalah hasil kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Lipis dan Klinik Kesihatan Bukit Betong.