mcmc
Persatuan Belia

PLKN 3.0: Pembentukan Generasi Muda Malaysia yang Cemerlang!

Salam sejahtera, seluruh warga Malaysia Madani! Kembali lagi, PLKN 3.0 (Program Latihan Khidmat Negara) hadir dengan lebih banyak pembaharuan yang pastinya lebih menarik dan bermanfaat untuk generasi muda kita!

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan diwujudkan semula dengan tujuan untuk memupuk semangat patriotisme, perpaduan nasional, dan jati diri dalam kalangan golongan muda di Malaysia.

Pelaksanaan semula PLKN 3.0 bertujuan untuk memberi peluang kepada remaja Malaysia untuk menghadapi cabaran hidup melalui pengalaman latihan fizikal dan mental.

• Maklumat berkaitan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN) dirujuk dilaman sesawang : https://www.mod.gov.my/index.php/en/information/plkn-3-0