Produk terbaru yang dihasilkan oleh salah seorang penduduk tempatan di sini ialah mengusahakan ternakan kelulut dan menjual hasil madu yang diperolehinya. Pengusaha tersebut ialah Nurul Shazwani Binti Mohd, berusia 26 tahun, anak kelahiran Kampung RTP Sungai Ular dan juga suami beliau, Mohd Nasir Bin Osman, berusia 37 tahun . Ternakan kelulut dilaksanakan di belakang rumah di RTP Sungai Ular dan juga Kampung Bukit Betong. Bermula dengan hanya sekadar minat untuk menternak dan pasaran produk ini hanyalah kepada penduduk setempat sahaja, kini beliau telah memasarkan produk madu kelulut dengan lebih meluas melalui penggunaan media sosial. Produk ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya masyarakat luar yang kebanyakannya menempah madu tersebut melalui dalam talian.