mcmc
Pendidikan

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEMPENA MINGGU SIHAT

Komuniti yang berminat boleh menyertai pertandingan Video Pendek Sempena Minggu Sihat HePiLi anjuran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Minggu HePiLi (Health Promotion in Learning Institutions) merupakan acara tahunan yang disambut setiap 1 hingga 7 Julai dengan penglibatan murid, guru, ibubapa dan orang awam terutamanya di institusi-institusi pendidikan yang melaksanakan Program HePiLI dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia

Tarikh tutup pertandingan ini adalah pada 24 Julai 2020.