Perkhidmatan Bas Jengka Liner
Perkhidmatan Bas Jengka Liner ini telah beroperasi pada Januari 2017 selepas perkhidmatan Bas Mara Liner ditamatkan. Perkhidmatan ini bagi memberi kemudahan kepada penduduk setempat untuk pergi ke Bandar Kuala Lipis dan juga persekitarannya.
Perjalanan Bas Liner bermula dari Stesen bas Felda Sungai Koyan Ke Bandar Kuala Lipis setiap jam 8.00 pagi ,12.00 tengahari dan 4.00petang
Perjalanan dari Stesen Bas Bandar Baru Lipis ke Felda Sungai Koyan setiap jam 10.00 pagi, 2.00 petang dan 6.00 petang.
Bas beroperasi setiap hari kecuali hari khamis.