Hasil usaha penduduk Kampung Kuala Medang bersama-sama dengan JKKK menjayakan tanaman Rock Melon membuahkan hasilnya yang tersendiri apabila perusahaan ini mendapat permintaan yang tinggi ke seluruh pelosok negeri. Hal ini kerana perusahaan ini menggunakan kaedah tanaman fertigasi untuk menghasilkan tanaman yang bermutu tinggi.
Penanaman fertigasi merupakan pertanian moden yang boleh menjana keuntungan kepada usahawan. Kaedah ini lebih mudah,selesa dan tidak memenatkan. Menggunakan media tanaman saperti sekam padi,cocopeat atau campuran kedua-duanya. Nutrient atau baja cecair di alirkan ke pokok melalui saluran pengairan yang diukur dengan sukatan masa tertentu mengikut pembesaran pokok.
Kelebihan Sistem Fertigasi
# Nutrien lengkap dikawal ikut pertumbuhan pokok
# Menjamin kebersihan dan menghindar penyakit
# Mengatasi masalah bawaan tanah
# Kualiti hasil yang lebih baik dan cantik
# Penggunaan baja yang cekap dan jimat
# Mengurangkan penggunaan racun
# Modal pusingan yang rendah
# Meningkatkan hasil pengeluaran
# Masalah merumpai sangat rendah
Kelemahan Sistem Fertigasi
# Modal yang tinggi bagi memulakan projek
# Memerlukan kemahiran
# Keroskan sistem membawa kerugian
Sumber : Facebook Page Kuala Medang Bio Farm