mcmc
Maklumat Komuniti

Maklumat PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi)

MAKLUMAT PEDi

PUSAT EKONOMI DIGITALA (PEDi) RTP SG ULAR,  mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda untuk menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang telah kami sediakan khususnya kepada penduduk komuniti.

PEDi RTP SG ULAR sebelum ini dikenali sebagai PUSAT JALURLEBAR KOMUNITI (PJK) RTP SG ULAR, namun kini telah berwajah baru hasil kolaborasi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan juga MSD Technology Sdn Bhd (MSDT) yang mana PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) merupakan projek yang dilaksanakan melalui Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Telekom Malaysia Berhad (TM) dilantik sebagai kontraktor utama, manakala MSD Technology Sdn Bhd (MSDT) sebagai penyelaras program dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Objektif program ini ialah untuk enyediakan perkhidmatan infrastruktur komunikasi dan kemudahan capaian internet bagi merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan komuniti di bandar. 

Sehubungan itu, Pengurus dan Penolong Pengurus komited dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat agar penduduk dapat melangkah maju ke hadapan seiring arus teknologi yang kian pesat membangun. Melalui PEDi juga, perkembangan kemajuan ekonomi setempat dapat ditingkatkan melalui penggunaan dan kemudahan  penggunaan ICT. 

 Untuk pengetahuan komuniti, sebanyak 12 PEDi untuk Fasa 1 dan 73 pusat untuk Fasa 2 dan kini terdapat banyak fasa-fasa yang baru telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

Kami telah beroperasi hampir 11 tahun, dengan keahlian PEDi yang semakin meningkat yang terdiri daripada pelbagai golongan. Lebih membanggakan apabila ada yang mendaftar sebagai ahli di sini bukan datangnya daripada kampung ini sahaja, malah ada yang datang dari mukim lain serta kampung-kampung yang jauh daripada PEDi RTP SG ULAR.             

Terkini, PEDi sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut:

  • E-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
  • E-Pembelajaran (e-Learning).
  • Pengumpulan dan Pertukaran Maklumat.
  • Pusat Komunikasi.
  • Pusat Pembangunan Aplikasi berdasarkan Perkongsian Perisian.
  • Pusat Peperiksaan dan Persijilan.
  • Khidmat nasihat yang berkaitan dengan ICT.
  • Perkhidmatan percetakan
  • Perkhidmatan pembayaran bil (PEDi sebagai Agen Bank BSN)
  • Latihan secara percuma kepada semua golongan yang menjadi ahli
  • Zon tanpa wayar (wifi)

 

Kesimpulannya, segala kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di PEDi bertujuan membantu dan memajukan komuniti kampung sekaligus setanding dengan penduduk yang berada di bandar. Kami menjanjikan layanan dan perkhidmatan yang memuaskan untuk anda semua. Sebarang cadangan atau penambahbaikkan boleh dinyatakan dengan mengisi borang cadangan yang disediakan.