Penyertaan para belia dalam Taklimat dan Latihan Asas E-Rezeki yang diajar oleh Petugas Pusat Internet RTP Sungai Ular baru-baru ini telah memberi peluang kepada para belia untuk mendapatkan sebarang maklumat pekerjaan tidak kira secara sepenuh masa ataupun separuh masa. Program ini merupakan anjuran MDEC yang mana boleh mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan belia lepasan sekolah dan sebagainya.