mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI PI RTP SG ULAR APRIL 2019

ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

Tarikh

: 01,02 April 2019

Masa

: 10.00 Pagi – 5.00 Petang

Lokasi

: PI RTP Sungai Ular

Peserta

: 3 Orang

Tujuan

Mendedahkan cara penggunaan carian maklumat dengan tepat dan memperkenalkan laman sesawang untuk mendaftar sesi kemasukan belajar ke institusi pengajian tinggi dan seterusnya membuat cetakan.

Aktiviti

Peserta membuat pendaftaran maklumat menerusi laman sesawang UPU dan membuat cetakan hasil pendaftaran tersebut.

MICROSOFT WORD

Tarikh

: 03,07 April 2019

Masa

: 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: PI RTP Sungai Ular

Peserta

: 7 Orang

Tujuan

Memperkenalkan laman sesawang yang sesuai untuk menyiapkan tugasan masing-masing.

Aktiviti

Pelajar membuat carian dan menyalin maklumat tersebut dari laman sesawang yang dikehendaki untuk menyiapkan buku skrap. Selain itu mereka didedahkan dengan penggunaan memasukkan Wordart serta menggunakan font yang sesuai.

Gambar di sini

EPEMBELAJARAN

Tarikh

: 06 April 2019

Masa

: 3.15 Petang – 4.15 Petang

Lokasi

: PI RTP Sungai Ular

Peserta

: 5 Orang

Tujuan

Menggalakkan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran melalui laman sesawang sekaligus boleh menggunakan teknologi maklumat dengan berkesan.

Aktiviti

Pelajar mengulangkaji pelajaran Matematik melalui laman sesawang Quizizz.com dan English To Learn.

Gambar di sini

MICROSOFT EXCEL

Tarikh

: 07 April 2019

Masa

: 3.15 Petang – 4.15 Petang

Lokasi

: PI RTP Sungai Ular

Peserta

: 1 Orang

Tujuan

Memperkenalkan platform yang betul untuk membuat jadual.

Aktiviti

Pelajar membuat jadual bertugas dengan menggunakan Microsoft Excel serta memasukkan font yang sesuai serta mewarnakan jadual mengikut kreativiti.

Gambar di sini

ASAS VIDEO KREATIF

Tarikh

: 20, 21 April 2019

Masa

: 10.00 Pagi – 5.00 Petang

Lokasi

: PI RTP Sungai Ular

Peserta

: 20 Orang

Tujuan

Memperkenalkan asas membuat video dengan menggunakan aplikasi percuma yang telah disediakan dalam laman sesawang. Video yang dihasilkan tersebut bertemakan Klik Dengan Bijak. Selain itu juga, ia memberi pendedahan dan kemahiran kepada para peserta untuk menunjukkan bakat mencipta video secara kreatif serta membuat perkongsian di media sosial dengan betul.

Aktiviti

Peserta membuat akaun emel untuk memasuki laman sesawang aplikasi www.powtoon.com.my dan Movie Maker. Pesera membuat video dengan tunjuk ajar dari petugas melalui tajuk tugasan yang telah diberikan pada setiap kumpulan. Selepas itu peserta dikehendaki untuk menyimpan hasil kerja dengan memuatnaik ke dalam media sosial Facebook yang telah dicipta untuk berkongsi video yang telah dihasilkan.

Gambar di sini

YOUTUBE

Tarikh

: 26 April 2019

Masa

: 9.00 Pagi – 10.00 Pagi

Lokasi

: PI RTP Sungai Ular

Peserta

: 20 Orang

Tujuan

Memperkenalkan aplikasi youtube untuk membuat carian maklumat berkaitan dengan pertandingan yang dianjurkan, iaitu membuat gubahan Bouquet Coklat. Ia dapat memupuk kemahiran membuat carian maklumat dengan menggunakan enjin carian youtube.

Aktiviti

Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk pertandingan tersebut. Salah seorang peserta dari setiap kumpulan tersebut perlulah membuat carian bagaimana mencipta gubahan coklat yang cantik untuk pertandingan tersebut.

Gambar di sini

E-PEMBELAJARAN

Tarikh

: 20,21 April 2019

Masa

: 4.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: PI RTP Sungai Ular

Peserta

: 15 Orang

Tujuan

Memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan dengan laman sesawang yang telah dicipta untuk membuat ulangkaji pelajaran sesuai dengan peringkat umur. Selain itu, peserta juga menjawab soalan kuiz berdasarkan tajuk yang telah dibuat dan mengikut kefahaman masing-masing.

Aktiviti

Peserta menjawab soalan kuiz Pertandingan Advokasi Pusat Internet melalui laman sesawang https://quizizz.com/