| Tarikh | :4,5,7,9,10,16,19 Januari 2021 |
| Masa | :9.30 Pagi – 5.30 Petang |
| Lokasi | : PIK RTP Sungai Ular |
| Peserta | : 20 orang |
Tujuan
Memperkenalkan dan memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan google classroom untuk memudahkan pembelajaran secara dalam talian. Mendedahkan kepada pelajar untuk menggunakan laman sesawang untuk mengulangkaji pelajaran melalui internet. Selain itu juga, ia turut menguji tahap kemahiran pelajar dalam menggunakan aplikasi secara berhemah.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan asas menggunakan google classroom. Elemen yang diketengahkan sepanjang kelas dijalankan ialah peserta perlu menekan link yang diberikan oleh guru mata pelajaran untuk menyertai pembelajaran dalam talian. Peserta juga diberi tatacara menggunakan earphone untuk berkomunikasi dan mendengar keterangan daripada guru-guru. Di samping itu juga, peserta diberikan soalan kuiz mengikut modul ICT yang dibuat di PIK RTP Sungai Ular. Ianya bagi menguji sejauh mana kefahaman para pelajar semasa menjalani kelas ICT dan akan dipraktikkan apabila datang semula ke PIK RTP Sungai Ular kemudian hari.