mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI ASAS ICT JANUARI 2021

Tarikh  : 2, 4,5,7,9,13 Januari 2021 
 Masa : 9.00 Pagi – 6.00 Petang 
 Lokasi : PIK RTP Sungai Ular 
 Peserta  : 20 orang 

 

Tujuan

Memperkenalkan asas teknologi dan komunikasi kepada komuniti yang datang menggunakan perkhidmatan internet yang disediakan di PIK RTP Sungai Ular. Menerapkan nilai-nilai murni semasa melayari laman sesawang seperti Klik Dengan Bijak. Menerangkan cara memuatturun dokumen yang diperlukan dan disimpan di dalam fail nama sendiri. Selain itu, petugas turut membantu komuniti cara menggunakan laman sesawang untuk menjawab soalan peperiksaan melalui dalam talian.

Aktiviti

Petugas memberikan penerangan asas berkaitan internet seterusnya cara mencari whatsapp web untuk memudahkan komuniti membuat cetakan. Elemen yang diketengahkan sepanjang kelas dijalankan ialah Membuka pelayar Google, Cara untuk imbas barkod whatsapp web dan memuatturun dokumen yang ingin dicetak. Selain itu petugas juga turut memberi penerangan cara-cara menjawab soalan peperiksaan dalam talian kepada komuniti. Manakala peserta kelas ICT perlu membuat praktikal dengan cara mencari maklumat dan menyimpan maklumat ke dalam fail nama masing-masing, kemudian membuat latihan pemahaman.

Gambar Di Sini

Gambar Di Sini

Gambar Di Sini