DASHBOARD KOMUNITI- MY HEALTHv2 & MY KOMUNITI
Tarikh : 1,2,9,10 dan 11 Nov 2018
Masa : 10.00 Pagi – 6.00 Petang
Lokasi : PI RTP Sungai Ular
Peserta : 125 orang
Tujuan
Memberi penerangan berkaitan dengan kepentingan pemeriksaan tekanan darah secara berkala ,upload dashboard komuniti ,ucapan dan kuiz maulidur rasul
Aktiviti
Petugas membuat pemeriksaan tekanan darah,timbang berat badan,ukur lilit pinggang ,ketinggian , ambil tekanan gula dan BMI kepada pengguna. Selain itu pengguna upload dashboard komuniti kedalam telefon pintar dan jawab kuiz maulidur rasul,serta upload gambar dan ucapan salam maulidur rasul.
ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT& KOMUNIKASI
Tarikh : 2,7,9,10 dan 11 Nov 2018
Masa : 10.00 Pagi – 5.00 Petang
Lokasi : PI RTP Sungai Ular
Peserta : 27 orang
Tujuan
Menggunakan gmail membuat emel, daftar online untuk permohonan jentera,menggunakan aplikasi whatsapp web dan online kpm dan kkm.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta untuk membuat emel, cetak dan kemaskini perbankan online,mengajar pengguna daftar online untuk mendapatkana lesen jentera jkkp,mencetak gambar dan dokumen menggunakan aplikasi whatsapp web,carian maklumat copy&paste maklumat kedalam microsoft office dan cetak.
E- PEMBELAJARAN (ADVOKASI KDB , MOBILE E-WASTE & SEBENARNYA.MY )
Tarikh : 9,10 dan 11 Nov 2018
Masa : 9.00 pagi – 5.00 Petang
Lokasi : PI RTP Sg Ular
Peserta : 37 orang
Tujuan
Menerangkan tentang kempen e-waste, iaitu proses pengumpulan bahan-bahan mobile yag telah rosak secara selamat. Kempen ini telah dianjurkan oleh pihak SKMM kepada komuniti. Memberi kesedaran kepada pengguna berkaitan klik dengan bijak dan laman web sebenarnya.my sebagai perantara untuk memastikan kesahihan sesuatu maklumat sebelum berkongsi di laman sosial.
Aktiviti
Penerangan laman web sebenarnya.my dan inisiatif SKMM yang lain .Peserta kemuadian menjawab soalan kuiz kahoot Modul Sebenarnya.my & Mobile e-waste serta Literasi ICT dan puzzle Klik dengan Bijak
-
LATIHAN KEUSAHAWANAN E-REZEKI
Tarikh : 8 November 2018
Masa : 10:00 Pagi – 5:00 Petang
Lokasi : PI RTP Sg Ular
Peserta : 4 orang
Tujuan
Program eRezeki adalah berdasarkan konsep crowdsourcing, dengan tumpuan khusus diberikan kepada model berasaskan perkhidmatan. Program ini bertujuan untuk membuka peluang dan membolehkan meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital.Aktiviti
Memberi penerangan kepada peserta dan tayangan video untuk mengetahui apa itu e-rezeki.Peserta perlu berumur 18 tahun keatas dan mempunyai akaun gmail untuk verify akaun setelah mendaftar dengan e-rezeki. Peserta akan mendaftar dengan e-rezeki dan boleh mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan mereka . setelah selesai peserta perlu menyelesaikan survey berkaitan e-rezeki.
-
PROGRAM KOMUNITI -LITERASI ICT
Tarikh : 10 N ovember 2018
Masa : 10:00 Pagi – 5:00 Petang
Lokasi : PI RTP Sg Ular
Peserta : – orang
Tujuan
Program sempena sambutan Maulidur Rasul dan Kempen Sebenarnya.my
Aktiviti
Mengadakan kelas ICT untuk rekacipta poster sambutan maulidur Rasul ,carian image google-copy & paste dalam aplikasi Paint ,masukkan nama peserta ,save dan upload dalam Dashboard My Komuniti. Selain itu, mengadakan taklimat inisiatif SKMM dan kuiz kahoot berkaitan sebenarnya.my,mobile e-waste,KDB dan Literasi ICT. Petugas juga mengadakan pemeriksaan kesihatan tekanan darah,gula dan BMI peserta. Peserta juga telah upload Aplikasi DK seterusnya log in,jawab kuiz dan buat ucapan sempena Maulidur Rasul.
Gambar Disini