KEUSAHAWANAN WESTERN FOOD

Maklumat Setempat | 10 November 2020

Seorang lagi kami bawakan ahli PIK RTP Sungai Ular yang sedang mengusahakan perniagaan makanan western. Beliau ialah Puan Sukarziah dari Kampung Bukit Kota. Beliau memulakan perniagaan ini pada tahun lepas dengan mengambil tempahan daripada kawan-kawan terdekat sahaja. Selepas itu beliau telah mengorak langkah mempromosikan tempahan makanan western secara dalam talian dengan menggunakan medium Facebook dan juga Whatsapp Status. Makanan Western yang dihasilkan sangat menyelerakan dengan harga yang berpatutan. Komuniti yang ingin membuat tempahan boleh terus menghubungi beliau di talian www.wasap.my/0194354996.