KEMUDAHAN TUNAI ZAKAT FITRAH
Zakat Pahang meluaskan kemudahan pembayaran zakat bagi memudahkan orang ramai membayar zakat fitrah di sepanjang bulan Ramadan ini.
Bagi pembayaran zakat fitrah di RTP Sg.Ular.Imam 2 Haji Hamdan bin Yusof telah dilantik sebagai ketua amil fitrah di masjid RTP Sg.Ular,selain membuka kaunter di masjid untuk memudahkan orang ramai beliau juga membuka kaunter bayaran tunai zakat fitrah di kawasan bazar mini RTP Sg.Ular bermula pukul 5.00pm-6.00pm.
Orang ramai boleh berurusan di masjid pada waktu solat fardu 5 waktu dan terawih pada sebelah malam.