Kini Pusat Internet RTP Sungai Ular menyediakan kemudahan Mini Perpustakaan kepada komuniti setempat. Hal ini bertujuan untuk menggalakkan lagi komuniti membaca secara langsung selain dari pembacaan secara maya. Kemudahan ini disediakan kerana Perpustakaan Awam yang terdekat adalah jauh dari kawasan Pusat Internet. Terdapat beberapa jenis makalah yang disediakan di sini, antaranya Novel, Majalah Kesihatan, Majalah Wanita, Koleksi Buku Kanak-kanak dan Majalah Kerohanian.