Program Gerakan Kepimpinan MADANI: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual adalah inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menghapuskan budaya buli dalam kalangan murid di peringkat sekolah.
Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan keprihatinan dan kesedaran terhadap isu salah laku buli dan seksual di sekolah serta memastikan tindakan tegas diambil bagi menangani isu ini.
Seterusnya, program ini diharapkan dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, inklusif dan saling menghormati antara satu sama lain.
