LIPIS, 24 Januari 2026 – Sebentar tadi telah berakhir program FAM Trip Railway to See Malaysia Edisi Pahang yang bermula pada 22 hingga 24 Januari 2026 melibatkan destinasi pelancongan di Taman Negara, Kuala Tahan dan Bandar Lama Kuala Lipis.
Program anjuran KTM Berhad dengan kerjasama Tourism Pahang dan Majlis Daerah Lipis ini berjaya menghimpunkan lebih 30 orang pengamal media dari Singapura dan Malaysia.
Pada hari pertama dan kedua, delegasi ini dapat merasai dan menyaksikan sendiri keindahan serta keunikan Taman Negara dengan aktiviti ‘Rapid Shooting’, Night Walk, dan mendaki Bukit Terisek. Pengalaman menginap di Danz Taman Negara pasti menjadi kenangan indah buat para delegasi.
Seterusnya, delegasi ini dibawa ke sekitar Kuala Lipis menaiki bas tajaan Sanwa Express untuk melihat sendiri sebuah kota yang penuh sejarah dan tamadun. Ketibaan mereka dari Stesen Keretapi Jerantut disambut dengan persembahan gendang ketawak serta silat. Seusai itu, para delegasi menjamu selera di Azmi Ikan Stim Tempoyak tajaan Majlis Daerah Lipis.
Hari terakhir, pihak KTM Berhad telah berbesar hati untuk menaja sarapan pagi di Rendang Pulut Jamil. Satu rasa asing bagi mereka yang pertama kali merasainya, tetapi menjadi bualan sepanjang aktiviti Heritage Walk yang dinakhoda oleh Tuah Travel Sdn. Bhd. di sekitar Bandar Kuala Lipis.
Secara tidak langsung, hasil kerjasama ini dapat mempromosikan negeri Pahang sebagai destinasi utama sempena Visit Malaysia 2026 – #PahangFirst
Foto : Mohd Rizam Sardi
#MajuTerusPahang#visitmalaysiapahangfirst#aspirasipahang1st#PahangFirst#KTMB#lipis#tourismpahang#pahangtrulyasia#thisispahang



