Perkhidmatan Mesin ATM Agrobank telah beroperasi sepenuhnya bertempat di Felda Sungai Koyan, berhadapan dengan Hentian Bas Sungai Koyan. Komuniti boleh menggunakan perkhidmatan tersebut pada bila-bila masa sahaja.
Satu inisiatif telah dibuat oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) RTP Sungai Ular dengan memberi sewa dewan orang ramai kepada komuniti yang berminat untuk membuat sebarang majlis bermula tahun 2019 ini. Antara bentuk aktiviti yang boleh diadakan adalah seperti majlis […]

Perkhidmatan Bas Jengka Liner Perkhidmatan Bas Jengka Liner ini telah beroperasi pada Januari 2017 selepas perkhidmatan Bas Mara Liner ditamatkan. Perkhidmatan ini bagi memberi kemudahan kepada penduduk setempat untuk pergi ke Bandar Kuala Lipis dan juga persekitarannya. Perjalanan Bas Liner […]

Kini Pusat Internet RTP Sungai Ular menyediakan kemudahan Mini Perpustakaan kepada komuniti setempat. Hal ini bertujuan untuk menggalakkan lagi komuniti membaca secara langsung selain dari pembacaan secara maya. Kemudahan ini disediakan kerana Perpustakaan Awam yang terdekat adalah jauh dari kawasan […]

Bangunan ini dibaikpulih untuk memudahkan urusan pengendalian program atau aktiviti di bawah Belia 4B RTP Sungai Ular. Namun begitu, bangunan ini masih lagi di dalam proses penyelenggaraan.

100% penduduk di RTP Sg Ular mendapat bekalan elektrik dari TNB serta bekalan air bersih dari Jabatan Air Pahang sejak lebih 20 tahun. Selain itu, setiap rumah di RTP Sg Ular turut diberi pilihan untuk memiliki talian tetap telefon dari […]