Syarat-syarat pencalonan adalah seperti berikut :-
- 1.Calon mestilah warganegara Malaysia
- 2.Berumur tidak kurang 15 hingga 40 tahun pada 15 Mei tahun 2019.
- 3.Permohonan hendaklah dicalonkan dan disokong oleh pertubuhan / Pejabat Belia dan Sukan Daerah/ Jabatan Belia dan Sukan Negeri yang berkenaan.
- 4.Pemohon wajib mengemukakan perkara-perkara berikut :
- -Borang pencalonan
- -Resume
- -Kad pengenalan / Sijil Pendaftaran
- -Sijil / Dokumen pencapaian
- -Surat akuan / gambar / dokumen / sokongan
- -Profil lengkap beserta Compact Disk (CD)
- -Website/ Facebook/ Twitter (jika ada)
- -Laporan ringkas pencapaian
- -Lain-lain dokumen / sijil yang boleh menyokong pencalonan.
- -Syarat-syarat tambahan;
- Kategori Pertubuhan Belia
- 1.Persatuan yang bergabung dengan Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Negeri, Majlis Belia Daerah dan persatuan yang diiktiraf sebagai persatuan belia ( Persatuan Tunggal).
- 2.Pencalonan turut dibuka kepada kelab-kelab belia yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).
- 3.Aktif dan mengemukakan MYKD kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY)
- 3.Menyertakan Perlembagaan Persatuan.
- 4.Melampirkan Laporan Tahunan Pertubuhan bagi 3 tahun terakhir termasuk tahun yang dinilai.
- 5.Hanya persatuan/pertubuhan yang telah menghantar MYKD tahun 2018 layak dicalonkan.
- 6.Hanya pemenang tahun semasa bagi setiap peringkat layak untuk menyertai penilaian peringkat seterusnya.
- 7.Pencalonan peringkat kebangsaan hendaklah johan peringkat negeri kecuali persatuan belia peringkat kebangsaan.
- 8.Persatuan yang telah mendapat Johan Kebangsaan, dibenarkan menyertai pertandingan berdasarkan kaedah merit.
- 9.Setiap persatuan yang bertanding, perlulah dikalangan persatuan-persatuan yang mempunya ‘star rating’ bertaraf sekurang-kurangnya tiga (3) bintang.
- Kategori Individu (Lelaki/ Wanita)
- 1.Calon hanya dibenarkan bertanding 1 kategori sahaja.
- 2.Permohonan hendaklah disokong oleh Persatuan/ Pejabat Belia dan Sukan Daerah/ Jabatan Belia dan Sukan Negeri.
- 3.Permohonan terbuka kepada semua belia (keutamaan diberi kepada individu yang menganggotai persatuan belia).
- 4.Calon yang pernah menjadi johan di peringkat kebangsaan dibenarkan untuk bertanding berdasarkan kaedah merit.
- 5.Klik untuk borang permohonan
- 6.Setiap pencalonan hendaklah melalui borang yang disediakan dan dimajukan kepada Urusetia Anugerah Perdana Belia Negara.
Sumber : Portal Rasmi Kementerian Belia dan Sukan