mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI KEMPEN KEBEBASAN BERSUARA BUKAN KEBEBASAN BERBOHONG

Tarikh

: 16 Oktober 2020

Masa

: 2.30 Petang – 3.30 Petang

Lokasi

: PI RTP Sungai Ular

Peserta

: 15 Orang

Tujuan

Memberi taklimat berkaitan dengan Kempe Kebebasan Bersuara, Bukan Kebebasan Berbohong untuk mempromosikan nilai-nilai positif yang harus diamalkan oleh pengguna internet seperti ‘bercakap benar’, ‘bijak menilai’, ‘beringat bila bercakap’ serta memberi fokus kepada impak berita palsu kepada masyarakat. Kempen ini juga bertujuan untuk mendidik pengguna internet supaya jangan berkongsi pembohongan, mempromosikan portal sebenarnya.my dan mengingatkan kepada rakyat Malaysia bahawa membuat dan menyebarkan kandungan palsu atau tidak benar adalah tingkah laku jelik yang tidak boleh diterima.

Aktiviti

Petugas memberi taklimat berkaitan dengan kempen kebebasan bersuara,bukan kebebasan berbohong. Kemudian peserta diberi tugasan untuk membuat poster berkaitan dengan kempen tersebut.

Gambar Di Sini