mcmc
Persatuan Wanita

PROGRAM TADARUS AL-QURAN DAN MENGACAU BUBUR LAMBUK

Sempena bulan Ramadhan kali ini, Persatuan perkumpulan Wanita Malaysia (WI) Daerah Lipis telah menganjurkan Program Tadarus AL-Quran dan Memasak Bubur Lambuk.

Berangkat bertadarus bersama rakyat, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj. Kehadiran KDYTM Tengku Puan Pahang menjayakan majlis tadarus dan khatam Al-Quran bersama rakyat memeriahkan lagi program serta merapatkan ukhuwah institusi raja dan rakyat. Hubungan mesra Baginda dengan rakyat jelas kelihatan apabila bersama-sama menyertai program ini.

Dalam majlis yang sama, Baginda menyempurnakan pengurniaan sumbangan bantuan zakat daripada pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang. Layanan mesra serta keramahan Baginda menyapa anak-anak yatim dan warga tua mengembirakan mereka.Penerima terdiri daripada kalangan asnaf miskin dan anak yatim sekitar daerah Lipis dikurniakan hamper barangan makanan berserta wang tunai.

Program ini disertai oleh setiap wakil cawangan WI yang telah ditubuhkan dalam daerah Lipis. Oleh itu, setiap cawangan perlu menghantar lima (5) peserta yang kemudian diagihkan kepada 2 orang peserta untuk bertadarus, 2 peserta memasak bubur lambuk dan seorang peserta yang terdiri daripada golongan asnaf sebagai penerima zakat.

Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk mengimarahkan bulan Ramadhan di samping dapat menjalin serta merapatkan ukhwah sesame peserta cawangan WI.

Program ini telah mendapat kerjasama dan sokongan daripada AJK Masjid Kampung Tempoyang dan JKKK. Aktiviti Tadarus AL-Quran dan Memasak Bubur Lambuk dijalankan serentak bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 12.30 tengahari.