Nama |
: Sukarziah Binti Daud |
Umur |
: 39 tahun |
Ahli |
: 2019 |
Latar belakang
Puan Sukarziah merupakan seorang jururawat terlatih di Poliklinik Bukit Betong. Selain sibuk dengan kerjaya sebagai jururawat, beliau turut menyertai pelbagai persatuan atau aktiviti yang dianjurkan di kawasan Kampung Bukit Betong.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kesibukan dengan tugasan seharian membataskan beliau untuk menyertai aktiviti yang melibatkan penggunaan ict bersama pusat internet berhampiran. Oleh hal yang demikian, beliau kurang pendedahan kepada penggunaan komputer dan juga cara mempromosikan perniagaan beliau yang dijalankan secara sampingan iaitu mengambil tempahan pada setiap hujung minggu sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Keterbatasan masa bukan penghalang kepada beliau untuk menimba pelbagai ilmu berkaitan dengan teknik pemasaran dan juga ilmu Microsoft Office demi memantapkan lagi tugasan seharian beliau mahupun perniagaan sampingan beliau itu. Bertitik tolak daripada itulah beliau telah mencuri masa selepas habis waktu kerja atau ketika waktu cuti untuk datang ke Pusat Internet RTP Sungai Ular untuk belajar beberapa teknik dan berkongsi pendapat dengan petugas. Hasilnya, beliau telah dapat mempromosikan perniagaan tersebut menerusi media sosial facebook dan juga Dashboard MyShop. Selain itu juga, beliau turut berani mempromosikan perniagaan masakan Italian tersebut di dalam status whatsapp.