mcmc
Persatuan Belia

MAKEOVER BELIA MARY KAY

Pada 24 April 2019 baru-baru ini, Pusat Internet RTP Sungai Ular telah menjemput seorang usahawanita Produk Mary Kay untuk membuat demonstrasi asas solekan kepada para belia sekitar Kampung RTP Sungai Ular. Beliau merupakan salah seorang Usahawan yang bergiat aktif dalam perniagaan secara langsung mahupun secara maya. Oleh sebab itu, beliau dijemput untuk memberi sedikit sebanyak ilmu asas solekan kepada paraa belia yang berminat untuk mencuba produk Mary Kay dan tampil cantik dan berseri dengan menggunakan produk tersebut.