mcmc
Kisah Kejayaan

SUCCESS STORY CELIK IT Q2 2019

Nama

: Siti Nur Shazira Binti Sulaiman

Umur

: 10 tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Beliau merupakan pelajar tahun empat di Sekolah Kebangsaan Kampung Keledek. Beliau juga merupakan anak ketiga dalam keluarga. Semasa cuti sekolah baru-baru ini, beliau telah mengikuti kelas ICT antaranya ialah kelas Pengenalan Komputer, Microsoft Office 2010 (Word, Excel, Power Point), E-Pembelajaran, Dashboard Komuniti dan Kuiz Klik Dengan Bijak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini beliau hanya dating ke Pusat Internet RTP Sungai Ular untuk menonton Youtube sahaja, tiada kpendedahan berkaitan dengan ICT.  Oleh hal yang demikian, beliau juga kurang mahir dalam menggunakan aplikasi Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Power Point.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Namun begitu, pada musim cuti sekolah baru-baru ini, beliau telah mengikuti latihan yang dianjurkan oleh Pusat Internet RTP Sungai Ular. Semasa mengikuti latihan tersebut, beliau diajar kemahiran menggunakan Microsoft Office seperti menaip pantas. Selain itu, kemahiran menggunakan internet secara bijak juga telah diterapkan kepada beliau.