mcmc
Persatuan Belia

ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2019

Syarat-syarat pencalonan adalah seperti berikut :-

  1. 1.Calon mestilah warganegara Malaysia
  2. 2.Berumur tidak kurang 15 hingga 40 tahun pada 15 Mei tahun 2019.
  3. 3.Permohonan hendaklah dicalonkan dan disokong oleh pertubuhan / Pejabat Belia dan Sukan Daerah/ Jabatan Belia dan Sukan Negeri yang berkenaan.
  4. 4.Pemohon wajib mengemukakan perkara-perkara berikut :
    •       -Borang pencalonan
    •       -Resume
    •       -Kad pengenalan / Sijil Pendaftaran
    •       -Sijil / Dokumen pencapaian
    •       -Surat akuan / gambar / dokumen / sokongan
    •       -Profil lengkap beserta Compact Disk (CD)
    •       -Website/ Facebook/ Twitter (jika ada)
    •       -Laporan ringkas pencapaian
    •       -Lain-lain dokumen / sijil yang boleh menyokong pencalonan.
  5.       -Syarat-syarat tambahan;
  • Kategori Pertubuhan Belia 
    • 1.Persatuan yang bergabung dengan Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Negeri, Majlis Belia Daerah dan persatuan yang diiktiraf sebagai persatuan belia ( Persatuan Tunggal).
    • 2.Pencalonan turut dibuka kepada kelab-kelab belia yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).
    • 3.Aktif dan mengemukakan MYKD kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY)
    • 3.Menyertakan Perlembagaan Persatuan.
    • 4.Melampirkan Laporan Tahunan Pertubuhan bagi 3 tahun terakhir termasuk tahun yang dinilai.
    • 5.Hanya persatuan/pertubuhan yang telah menghantar MYKD tahun 2018 layak dicalonkan.
    • 6.Hanya pemenang tahun semasa bagi setiap peringkat layak untuk menyertai penilaian peringkat seterusnya.
    • 7.Pencalonan peringkat kebangsaan hendaklah johan peringkat negeri kecuali persatuan belia peringkat kebangsaan.
    • 8.Persatuan yang telah mendapat Johan Kebangsaan, dibenarkan menyertai pertandingan berdasarkan kaedah merit.
    • 9.Setiap persatuan yang bertanding, perlulah dikalangan persatuan-persatuan yang mempunya ‘star rating’ bertaraf sekurang-kurangnya tiga (3) bintang.
  • Kategori Individu (Lelaki/ Wanita)
    • 1.Calon hanya dibenarkan bertanding 1 kategori sahaja.
    • 2.Permohonan hendaklah disokong oleh Persatuan/ Pejabat Belia dan Sukan Daerah/ Jabatan Belia dan Sukan Negeri.
    • 3.Permohonan terbuka kepada semua belia (keutamaan diberi kepada individu yang menganggotai persatuan belia).
    • 4.Calon yang pernah menjadi johan di peringkat kebangsaan dibenarkan untuk bertanding berdasarkan kaedah merit.
  • 5.Klik untuk borang permohonan 
  • 6.Setiap pencalonan hendaklah melalui borang yang disediakan dan dimajukan kepada Urusetia Anugerah Perdana Belia Negara.

 

Sumber : Portal Rasmi Kementerian Belia dan Sukan