Satu inisiatif telah dibuat oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) RTP Sungai Ular dengan memberi sewa dewan orang ramai kepada komuniti yang berminat untuk membuat sebarang majlis bermula tahun 2019 ini. Antara bentuk aktiviti yang boleh diadakan adalah seperti majlis perkahwinan, program atau aktiviti berkaitan dengan komuniti serta sebarang pertandingan indoor seperti badminton dan sepak takraw. Sesiapa yang ingin menggunakan perkhidmatan tersebut boleh berhubung terus dengan MPKK Kampung Sungai Ular.