mcmc
Maklumat Setempat

PROGRAM BELIA 4B

Sebahagian belia 4B cawangan RTP Sungai Ular telah mengikuti Program Hari Gerakan Belia 4B Malaysia dan Karnival Sukan Muhibbah 2018 bertempat di Banghuris Homestay pada 11 Februari 2018. Program ini bertujuan untuk meraikan para belia yang telah bertungkus-lumus menjayakan setiap program yang diadakan di peringkat cawangan mahupun kawasan. di samping itu juga, program ini turut menghimpunkan seluruh belia peringkat kebangsaan untuk mengeratkan lagi silaturrahim serta saling bertukar-tukar pendapat di antara mereka.