Kedai runcit ini dimiliki oleh pasangan suami isteri, Encik Abdul Halim Bin Awang dan Puan Noraziah Binti Muhamad telah melibatkan dalam perniagaan runcit ini sejak tahun 1999 lagi. Kedai runcit ini dibina pada tahun 2010 selepas mereka mendapat geran tanah pemilikan tunggal ke atas tanah tersebut. Sebelum itu, mereka telah membina kedai runcit di atas tapak tanah yang disewa dari pemilik tanah yang juga penduduk di RTP Sungai Ular. Terdapat pelbagai barangan keperluan yang dijual di kedai runcit tersebut. Contohnya barangan asas dapur, barang-barang basah serta barang keperluan rumah yang lain.
