BELIA VS FUTSAL
JASIN FC MUNCUL JUARA LIGA SUKAN KOMUNITI 2026 ACARA FUTSAL PERINGKAT DAERAH LIPIS
KUALA LIPIS, 29 Jun β Kejohanan Liga Sukan Komuniti (LSK) 2026 bagi acara Futsal Peringkat Daerah Lipis telah berlangsung dengan meriah bertempat di Laman Sejahtera Sungai Koyan melibatkan penyertaan 16 pasukan futsal sekitar daerah Lipis.![]()
Kejohanan ini bertujuan menggalakkan penglibatan masyarakat khususnya golongan belia dalam aktiviti sukan, di samping memupuk gaya hidup aktif serta memperkukuhkan semangat kesukanan dan perpaduan dalam komuniti setempat.![]()
Sepanjang pertandingan ini berlangsung, kesemua pasukan pasukan mempamerkan aksi terbaik, disiplin permainan serta semangat juang yang tinggi bagi merebut gelaran juara.Pasukan Jasin FC berjaya menampilkan permainan cemerlang dan dinobatkan sebagai Johan Liga Sukan Komuniti 2026 Futsal Peringkat Daerah Lipis. Tempat kedua dimenangi oleh Vamos, manakala Fayyad FC dan Brudas Koyan masing-masing menduduki tempat ketiga bersama.![]()
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Wan Muhammad Izzad Wan Abdul Halim Setiausaha Pemuda UMNO bahagian Cameron Highland diiringi Pegawai Belia dan Sukan Daerah Lipis Encik Wan Jaimi Wan Mustaffa .Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang bertanding serta terima kasih kepada urus setia, pengadil dan semua pihak yang terlibat atas komitmen yang diberikan bagi menjayakan kejohanan ini.![]()
Penganjuran Liga Sukan Komuniti ini diharapkan dapat menjadi platform berterusan dalam melahirkan komuniti yang aktif, sihat dan mempunyai semangat kesukanan yang tinggi selaras dengan aspirasi Sukan Untuk Semua.![]()
![]()
βJBS PAHANG, Number Oneβ ![]()
Disediakan Oleh :-
PBSD Lipis


