mcmc
Pendidikan

Semakan Tawaran Kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2026

INFO KPM: Semakan Tawaran Kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2026 bagi murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) akan dibuka mulai 26 Disember 2025 hingga 13 Januari 2026 melalui pautan berikut:

1. Murid dari sekolah Kementerian Pendidikan (KPM):

Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my

Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my

2. Murid dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM: Tingkatan 1 : https://mrsm.mara.gov.my/mrsmsemakt1

Tingkatan 4 : https://mrsm.mara.gov.my/mrsmsemakt4

3. Murid yang tidak ditawarkan ke mana-mana sekolah khusus atau MRSM boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian melalui pautan yang sama.

Tarikh Penting:

📌 Tarikh Rayuan: 26 Disember 2025 – 13 Januari 2026

📌 Tarikh Pendaftaran: 13 Januari 2026

📌 Tarikh Semakan Rayuan: 6 – 10 Februari 2026

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi