mcmc
Kisah Kejayaan

SUCCESS STORY SMART SERVICE Q3 2025

NamaNUR DAMIA HUSNA BINTI ALIF HAKIMIUmur12 Tahun
Email No. Telefon 
AlamatRTP Sungai UlarTahun menjadi Ahli NADI2020

Latar belakang

Kisah Kejayaan Celik IT dan Smart Service bagi bulan Q3 2025  adalah adik Nur Damia Husna binti Alif Hakimi ,berumur 12 tahun dan merupakan pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaaan Kampong Keledek, merupakan anak ketiga daripada 4 beradik. Merupakan Pengawas Sekolah di SKKK dan banyak terlibat dengan aktiviti kokurikulum sekolah seperti ,hoki ,bola jaring, Puteri Islam dan Aktif dalam olahraga sekolah dan peringkat Daerah. Beliau terpilih bagi Q3 kerana beliau selalu hadir dalam apa jua aktiviti dan kelas yang di adakan  di NADI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Adilk Damia telah menjadi ahli NADI pada tahun 2020 lagi, ketika memasuki tahun 1 dan   beliau  mula datang Ke NADI mengikut kakaknya yang merupakan pelajar setia di NADI pada ketika itu. Setelah kakaknya belajar ke Sekolah menengah, pada tahun 3 baru beliau berani datang ke NADI untuk belajar ICT dan mengikuti kem dan kelas setiap kali cuti sekolah.  Seiring perkembangan teknologi beliau mula hadir ke NADI untuk belajar asas ICT seperti Microsoft Word  dan asas Internet. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Hasilnya selepas beberapa kali mengikuti kelas, adik Damia sudah boleh mengendalikan komputer dengan baik . Selain itu, beliau juga turut memahami bagaimana menggunakan Microsoft Office untuk menaip, membuat persembahan dan menggunakan  excel untuk pengiraan. Beliau juga mula belajar aplikasi canva untuk merekabentuk poster dan video menggunakan canva dan lain-lain . Bermula 2024 NADI melancarkan Program Smart Service adik Damia lagi bersemangat dan berkobar-kobar untuk mempelajari ilmu baru seperti kelas Kidventure,TinyTechies dan menyertai pertandingan eSport Mobile Legend Peringkat NADI. Semoga adik Damia terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan lebih banyak peluang berkaitan ICT dan multimedia dalam pembelajaran pada masa akan datang.