| Nama | NUR AMALINA BALQIS BIN MOHD YUZAINI | Umur | 12 Tahun |
| No. Telefon | |||
| Alamat | RTP Sungai Ular | Tahun menjadi Ahli NADI | 2016 |
Latar belakang
Kisah Kejayaan Celik IT dan Smart Service bagi bulan Q2 2025 adalah adik Nur Amalina Balqis bin Mohd Yuzaini. Beliau merupakan pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaaan Kampong Keledek, merupakan anak sulung daripada 5 beradik. Merupakan Pengawas Pusat Sumber di SKKK dan banyak terlibat dengan aktiviti kokurikulum sekolah seperti bola jaring, Pandu Puteri dan Aktif dalam olahraga sekolah. Beliau terpilih bagi Q2 kerana beliau rajin hadir ke kelas yang di adakan di NADI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Adilk Balqis telah menjadi ahli NADI pada tahun 2016 lagi, bermula dari umur 6 tahun beliau mula datang Ke NADI mengikut ibu saudaranya belajar ICT di NADI dan mula belajar setelah mengikuti kelasa ICT bagi pelajar KEMAS pada tahun tersebut. Seiring perkembangan teknologi beliau mula hadir ke NADI untuk belajar asas ICT seperti Microsoft Word dan asas Internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Hasilnya selepas beberapa kali mengikuti kelas, adik Balqis sudah boleh mengendalikan komputer dengan baik . Selain itu, beliau juga turut memahami bagaimana menggunakan Microsoft Office untuk menaip, membuat persembahan dan excel. Beliau juga mula belajar aplikasi canva untuk merekabentuk poster dan video menggunakan canva dan lain-lain . Bermula 2024 NADI melancarkan Program Smart Service adik Balqis lagi bersemangat dan berkobar-kobar untuk mempelajari ilmu baru seperti kelas Kidventure,TinyTechies dan menyerta pertandingan eSport Mobile Legend Peringkat NADI. Semoga adik Balqis terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan lebih banyak peluang berkaitan ICT dan keusahawanan dalam pembelajaran pada masa akan datang.
