mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

15.3 𝑱𝑼𝑻𝑨 𝑶𝑹𝑨𝑵𝑮 𝑴𝑬𝑳𝑨𝑵𝑪𝑶𝑵𝑮 𝑲𝑬 𝑷𝑨𝑯𝑨𝑵𝑮 𝑻𝑨𝑯𝑼𝑵 2025

Prestasi pelancongan Pahang menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan apabila negeri ini merekodkan seramai 15,275,230 juta orang pelancong dengan anggaran perbelanjaan pelancong sebanyak RM 13.72 billion dan telah melebihi sasaran 14 juta orang pelancong yang dibuat bagi tahun 2024.

Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan positif 11.21% berbanding tahun 2024 seramai hanya 13,735,474 juta orang. Jumlah ini hanya mengambil kira pelancong yang bermalam sekurang-kurangnya satu malam dan tidak termasuk pelancong harian, sekiranya jumlah pelancong harian diambil kira, jumlah ini akan jauh lebih besar.